hai sy org bru...sy nk tahu tips2 utk igt apa yg kita bljr seperti bhasa sains mcm mana ye?????
tips2 sains
ok, cikgu bagi satu dulu. Harap-harap yg lain boleh kongsi yg lain pula.

Sebelum menghafal semua bahagian jantung, cuba ingat "4 perkara dlm 3 perkara":
1. Bilik jantung: Left atrium, Right atrium, Left ventrical, Right ventrical
2. Salur darah: Pulmonary vein, Vena cava, Aorta, Pulmonary artery
3. Injap jantung (valve): bicuspid, tricuspid, aortic semilunar valve, pulmonary semilunar valve
Gambarajah berikut menunjukkan turutan untuk menghafal struktur jantung. First, ingat 4 bilik jantung, kemudian ingat pula salur darah yg bersambung dengan setiap bilik itu. Akhir sekali ingat kedudukan injap2nya.
Dalam gambarajah di bawah juga, ada ditunjukkan salur darah yang membawa darah beroksigen (oxygenated blood) yang diwakili oleh salur darah warna merah dan juga salur darah yang membawa darah kurang oksigen (deoxygenated blood) yang diwakili oleh salur darah warna biru.
Arah aliran darah dalam setiap salur darah itu juga ditunjukkan pada hujung anak panah.
Anak panah injap (valve) menunjukkan arah laluan darah yang dibenarkan olehnya. Contohnya, bicuspid dan tricuspid hanya membenarkan darah turun dari atrium ke ventrical. Manakala anak panah ke atas oleh semilunar valves (aortic dan pulmonary valves) menunjukkan ianya hanya membenarkan darah mengalir ke atas dari ventrical ke arah luar jantung.
Klik pada gambar di bawah sekiranya ia tidak bergerak.
Soalan ini agak umum. Ini kerana, setiap orang mempunyai style tersendiri utk buat nota. Namun, bg subjek sains, nota kecil yg terbaik adalah berbentuk point dan keyword. Jgn lupa juga, gambar sangat penting dimasukkan dlm nota sains tersebut. Ia juga mesti berlabel. Jika berkesempatan, cikgu akan tunjukkan contoh nota kecil beberapa hari lagi.
sy x paham tajuk the transport of oxygen in the human body..form 3,bab1..
Untuk perhatian "dyla94", cikgu sememangnya ada merancang untuk menyediakan posting tentang transport of oxygen dan the pathway of blood (chapter 2). tunggu beberapa hari lagi, InsyaALLAH, akan keluar tak lama lagi di http://cikgunurulsblog.blogspot.com
Kepada "anna", cikgu kurang arif dgn sistem pembelajaran sejarah. Namun, setahu cikgu, ia juga memerlukan penulisan nota berbentuk point dan keyword. Namun, antara kaedah lain yang sesuai ialah penggunaan mind-map yg sesuai. Seperkara lagi, ia memerlukan pelajar dpt melihat perkaitan antara satu peristiwa dgn satu peristiwa yg lain. Di mana ia lebih banyak berbanding di dalam subjek sains. Oleh itu, cara penulisan nota juga mungkin berbeza.
assalamualaikum, hye semua, saya org baru kat sini.. sy nk tnya lar tentang chapter 2 (BLOOD CIRCULATION AND TRANSPORT) sy tak brapa faham lah tentang oxygenated and deoxygenated blood.. bagaimana ia dihasilkan..? plizzz jawab soalan saya tu..
Dalam bm, oxygenated blood dipanggil darah beroksigen. Manakala bagi deoxygenated blood bermaksud darah tidak beroksigen.
Walaubagaimanapun, deoxygenated bukanlah bermaksud semua sel darah merah yang tiada langsung oksigen. Sebahagian kecil sel-sel darah merah itu mungkin masih mengandungi oksigen.
Sebenarnya, seketul sel darah merah hanya mengandungi haemoglobin sahaja di dalamnya. Namun, apabila sel darah itu dimasuki oksigen (di paru-paru), sel darah merah itu kini dikenali sebagai oxygenated blood (darah beroksigen). Warna sel darah merah ini juga akan berubah menjadi lebih cerah (warna merah terang - bright red).
Seterusnya, oxygenated blood ini akan bergerak ke sel-sel badan, iaitu destinasi utama penghantaran oksigen.
Sesampai di sel-sel badan, sel darah merah ini akan melepaskan oksigennya. Dengan itu, ia kini dikenali sebagai sel darah tidak beroksigen (deoxygenated blood). Warnanya pula akan bertukar menjadi merah gelap (dark red). Sel darah merah ini akan mengalir semula ke paru-paru untuk mengambil molekul oksigen dan kembali menjadi oxygenated blood.
askum ckg,thkns coz skrg sy b'tmbh faham ttg chap1 ngan chap2..nti ckg msuk la pulak nota2 chap3..
sy nak tnye,kat sne blh sy tnye psl mth..
Assalamualaikum, cikgu. Bleh x klu cikgu sediakan ruangan latih tubi topikal?
assalamualaikum semua.. Cikgu boleh tak cikgu bagi kertas-kertas soalan percubaan pmr tahun 2004-2007 dari negeri kelantan,terengganu dan pahang? sekali dengan jawapanya.
blh x bg subtopik yg lebih spesifik. topik ini terlalu besar utk di bincangkan di sini.
Locked Topic
It's been a while since this topic was active, if you'd like to get it going again, please post as a registered member